Menu Utama

Login

Nama Samaran:

Kata Laluan:

Lupa Kata Laluan?
Daftar Sekarang!

Carian

Oshirix How To :: Oshirix

Bagaimana untuk patch iso Oshirix ke iso baru


Kaedah yang diguna pakai untuk patch iso oshirix
Oshirix menggunakan kaedah patching iso untuk upgrade iso kepada iso baru.

Kaedah ini digunapakai untuk tujuan menjimatkan bandwidth dan juga masa kerana saiz patch adalah lebih kecil berbanding saiz iso baru.

Oshirix menggunakan xdelta untuk membina dan mem patch file iso.

Adalah penting untuk anda menyimpan iso asal ataupun iso terakhir yang telah di patch bagi tujuan patching akan datang.

Katakan nama iso adalah: OSHIRIX-SQUEEZE.iso
Nama patch pertama adalah : OSHIRIX-SQUEEZE-1.delta

Cara untuk patch adalah seperti berikut:
xdelta patch OSHIRIX-SQUEEZE-1.delta OSHIRIX-SQUEEZE.iso OSHIRIX-SQUEEZE-2.iso

Iso baru yang terbentuk ialah OSHIRIX-SQUEEZE-2.iso. Iso inilah yang telah dipatch dan perlu di burn ke cd/dvd/thumbdrive untuk dapatkan live system baru.

Katakan selepas beberapa hari, keluar pula patch baru dengan nama OSHIRIX-SQUEEZE-2.delta.
Maka anda perlu gunakan iso yang telah dipatch dengan patch pertama untuk hasilkan iso baru dengan patch ke dua.
xdelta patch OSHIRIX-SQUEEZE-2.delta OSHIRIX-SQUEEZE-2.iso OSHIRIX-SQUEEZE-3.iso

Begitulah seterusnya untuk patch patch akan datang mengikut turutan yang betul. Anda tidak boleh "melompat patch" seperti patching patch ke 4 terus dari iso yang dipatch dengan patch ke 2.
<< Bagaimana repair grub Saya Lupa Password User Tapi Saya Ingat Password Root >>
Trackback
  • URL: http://mambang.org.my/modules/article/view.article.php/c3/12
  • Trackback: http://mambang.org.my/modules/article/trackback.php/12
Sponsors
API: Toolkit PM Email PDF Bookmark Print | RSS | RDF | ATOM
Copyright© oshiri & Portal Mambang
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
Pengirim Thread
amsama
Dihantar: 2010/8/15 7:13  Kemaskini: 2010/8/15 7:13
Just popping in
Ikut: 2010/5/24
Dari:
Kiriman: 2
 Re: Bagaimana untuk patch iso Oshirix ke iso baru
Bosss mana nak dapat patch versi2 lama punya? saya download oshirix-squeeeeeeze.iso. sekarang sudah delta7, nak dapat delta1 hingga 7 ni mcm mana ni T__T
masokis
Dihantar: 2010/9/25 2:02  Kemaskini: 2010/9/25 2:02
Home away from home
Ikut: 2009/3/16
Dari: /home/ntah?
Kiriman: 193
 Re: Bagaimana untuk patch iso Oshirix ke iso baru
err.. tak faham la soalan tu.. .. hermm.. kalau dah patch ke delta7. tak perlu la patch balik 1,2,3,4,5,6.

// nak patch mesti ikut susunan menaik. xboleh tunggang langgan.